Pengenalan Syarikat

CerCuba merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Green Island Sdn Bhd (GISB) yang mana merupakan 100% hak milik bumiputera.

Selain daripada CerCuba, GISB juga mempunyai dua lagi perniagaan iaitu D’Pantai yang mana merupakan sebuah restoran yang terletak di Jalan Pantai, Seremban dan juga D’Pedas iaitu perniagaan yang memfokuskan pembuatan dan pemprosesan makanan sejuk beku dan pembekalan produk sejuk beku yang berasaskan kambing dan ayam.

CerCuba pula merupakan produk yang diadaptasi dari menu restoran ke dalam pek sterilan yang mana ketahanan produk adalah selama dua tahun. Pembeli boleh menempah khas mengikut kehendak dan keperluan tersendiri dan ia mudah disediakan dan dimakan.

Produk CerCuba kebanyakannya telah menjalani proses R&D sejak tahun 2016 lagi bagi menghasilkan produk makanan yang berkualiti dan selamat dimakan.











0